Friday, August 15, 2008

ANAK - ANAKKU





































Hidup ini memang sunyi kalau tak ada anak2.Anak aku yang pertama lahir agak besar dari yang kedua.Tapi yang kedua ni kecil aje orangnya...

Nasib baiklah tak besar, yang kedua ni aku bersalin secara p'bedahan sebab songsang. Tak larat aku, susah betul bila mengandung anak songsang... betul kata kak long aku nak tidur susah, nak duduk susah semuanya tak kena.Tapi alhamdulillah akhirnya Ainin selamat dilahirkan.Tarikh hari lahirnya pada 02.02.2006.

Aku amat bersyukur kedua2 zuriat aku mempunyai tarikh lahir yang cantik.Hasya pada 14.04.2004.Pertama kali Hasya hadir dalam hidup kami suami isteri, kami macam tak percaya yang kami dah jadi seorang ibu dan ayah.Hasya bagaikan permulaan hidup kami.Selama kami membesarkan Hasya alhamdulillah ada rezeki yang datang untuk anak kami ni.Selama 2 tahun kami hidup dgn 2 minggu di rumah mak aku dan 2 minggu di rumah mertua akhirnya kami dapat mahligai kami sendiri.Aku amat bangga dgn Hubby aku yang sgt bekerja keras dan menyimpan sedikit wang untuk kami memulakan hidup di mahligai sendiri.

Setelah kami b'pindah di mahligi baru akhirnya..... kehadiran orang baru pula tiba... kami tak menyangka yang kami akan mendapat zuriat yang kedua.... s'tlah Hasya 2 thn Ainin hadir dalam hidup kami....

Selama 5 tahun perkahwinin yang kami bina, banyak mengajar kami tentang tolak ansur, saling b'kongsi duka dan suka.Senang dan susah... dan mengajar kami menjadi sahabat yang terbaik...

Hubby adalah tempat aku meluahkan perasaan, segala yang tak aku suka atau aku suka akan aku ceritakan.Aku amat berharap keluarga kami akan sentiasa gembira hingga ke akhir hayat.

Hubby aku ni orangnya suka bersukan, dan sedikit sosial.Maklumlah org muda...
Dia juga ada aktiviti dgn kwn2, termasuk juga aku...
Aku amat faham di mana kami kahwin pada usia yang muda dan kami ada kwn2 dan perlu masa untuk kwn2 juga selain keluarga...

Aku amat b'harap bila hubby aku dah pergi Kayan, Saudi.. dia dapat menjalankan ibadah sebaik mungkin dan menjaga solat... itu yang amat penting...