Sunday, November 30, 2008

KERENAH ANAK - ANAK.....

Tengoklah... anak aku Hasya ni... sampai baring lah pulak.....
Anak2 aku ni biasanya main kat Jusco Permas... kat sana ada play ground lagi pun x ber pasir. kalau kat pasir gudang 2 kena gi tasik layang2 tapi tempat 2 berpasir lah pulak... aku x suka sgt klu dia org main pasir

Sunday, November 16, 2008

CEBISAN KATA UNTUK SUAMI TERCINTA....


Sayang... Rindu ini tak dapat daku lauhkan dengan kata2 Tatkala rindu hati ini bagai bergetar... Tatkala rindu juga hati sayu dan hiba... Cinta yg ku beri membuatkan hati ini semakin tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang... Sayang... Hayatilah kata-kata ini...

My love
There's only you
in my life
The only thing that's right

My first love
You're every breath that I take
You're every step I make

And I
I want to share All my love with you
No one else will do
And your eyes
They tell me how much you care
Oh, yes you will always be My endless love

Two hearts
Two hearts that beat as one
Our lives had just begun Forever
I'll hold you close in my arms
I can't resist your charms
And love
I'll be a fool for you
I'm sure You know I don't mind
You know I don't mind
'Cause you You mean the world to me
Oh, I know

I know I found in you
My endless love
Oh And love I'll be that fool for you
I'm sure You know I don't mind
You know I don't mind

And yes You'll be the only one

'Cause no one can't deny
This love I have inside

And I'll give it all to you
My love My endless love...

I LOVE YOU SO MUCH......

PERCUTIAN YANG AMAT BERMAKNA.......




Percutian yg aku ambil selama 3 hari amat bermakna untukku. Percutian yg aku ambil untuk menghabiskan masa bersama suami tercinta dan anak2 tersayang... Sedih dan hiba rasa hati ini bila kenangkan suami yang amat aku cintai... akan pergi berjauhan dgn aku & anak2. Mungkin anak2 tak begitu memahami tapi inilah hakikatnya begitu berat hati ini ingin melepaskan org yg di cintai berjauhan di mata. Org yg selalu membelai diri ini... alhamdulillah aku amat bersyukur kerana anak2 adalah kekuatan aku. Mereka adalah pengubat rindu di kala sunyi dan rindu. Percutian ini akan aku semat di hati sebagai kenangan indah berdua di samping suami tercinta......

Monday, October 27, 2008

KENANGAN TERINDAH....



Dah lama rasanya aku tak menceritakan hari-hari yang indah dalam hidup aku ni... Sepanjang bulan syawal ni aku terlalu sibuk beraya kerumah kawan-kawan. Maklumlah... pertama kali aku menyambut raya bersama kawan-kawan baru. Syawal pertama kali ni aku berhari raya di singapura bersama keluarga ibu mertuaku. Hubby tak dapat ikut t'paksa bekerja cause last year hubby dah cuti kenalah beri pada yang lain pula... aku tak kisah dan aku amat memahami keadaan macam ni. Selama kami b'kahwin cuma tahun lepas je hubby celebrate hari raya pertama dgn keluarga, kebiasaannya hubby akan b'kerja. Cepat betul masa b'jalan tanpa aku sedari syawal dah pun berakhir... penantian yg hubby tunggu kini semakin dekat... 10 oktober hubby akan memulakan hidup di tempat org. Aku amat berharap yg hubby akan sentiasa sihat di sana. Semogan iringan doa yg aku dan anak kirimkan dapat permudahkan tanggungjawab yg dijalankan. Mungkin pada mulanya amat sukar, tapi insya'allah semakin lama semakin serasi. Anak-anak akan faham dan mereka akan aku didik dgn sebaik mungkin walaupun tanpa hubby disisi. Kesedihan memang terasa maklumlah aku tak pernah jauh dgn hubby, tapi aku mesti kuat sebab jika aku lemah hubby juga akan lemah. Sukar nak jalankan tugas dgn baik. Kesihatan aku dan anak-anak insya'allah akan cuba aku tangani dgn sebaik mungkin. Cuma aku agak risau hubby sejak akhir-akhir ni tidak berapa sihat. Semoga bila hubby pergi kesihatannya beransur pulih. Aku akan cuba spent time untuk hubby, semoga kenangan yg tinggal akan menjadi kenangan sementara kepulangannya nanti....

Thursday, September 4, 2008

KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK






Kedatangan al-mubarak kali ini amat bererti buat diriku.Aku rasakan bertuahnya aku kerana suamiku akan pergi selepas kami menyambut syawal bersama2.Di bulan yang mulia ini aku amat gembira kerana putriku yg sulung telah mula menjalankan ibadah puasa.Amat tak ku sangka dalam usianya 4 tahun, dia sudah boleh menjalankan ibadah puasa seperti orang dewasa.Hari ini cukup sudah 8 hari Hasya berpuasa.Alhamdulillah belum lagi meninggalkan puasa.Sejuk rasanya hati bila mendapat seorang cahaya mata yang masih kecil dan pandai berpuasa.Tak perlu aku memberi puteriku latihan separuh hari berpuasa, tapi dia dah pun boleh berpuasa untuk satu hari.

Dapat aku rasakan alangkah sedihnya teman2, dimana suaminya ada yang berjauhan tatkala menyambut ramadhan.Masih aku teringat kali pertama aku menyambut ramadhan bersama2 dgn suami, pada masa itu aku hamil 4 bulan.Alhamdulillah yg teramat kerana aku tidak mengalami apa2 masalah dalam menjalankan ibadah puasa pada saat itu.Aku juga tidak mengalami muntah2, pening2 & sebagainya.Suamiku amat bahagia kerana itu adalah kali pertama kami mengharungi alam perkahwinan dan kehidupan menjadi suami isteri. Pelbagai kehidupan suka & duka kami lalui.Tatkala susah & senang... tak sangka sudah 5 thn kami bersama dan kami amat bahagia di samping 2 org cahaya mata.Kini,pada bulan hadapan suamiku akan pergi bertugas di Arab Saudi.

Tak sangaka masa berjalan dengan amat pantas.Memang berat hati ini nak melihat suami tercinta berjauhan dari sisi, tapi apa kan daya,rezeki yang allah swt beri tak akan kami tolak.Pemergian suami ini insya'allah aku akan tabah sebaik yang mungkin.Walaupun pemergiannya menyebabkan aku harus memikul tgjwb sebagai seorang ketua keluarga, tapi aku amat ikhlas dgn apa yang akan aku lalui.Aku amat berharapi ketika suamiku pergi, aku tak akan bersedih dan aku ingin kelihatan kuat di matanya.Aku tak nak melihat suamiku begitu risau bila betugas di sana.
Tgjwb yang di berikan adalah satu cabaran untuk aku mendidik anak dan menjalankan tgjwb sebagai seorang anak sbg penganti suamiku. Aku amat berharap, bila dia di sana boleh menjadi insan yang taat terhadap ilahi dan keluarga.Semoga segala pengorbanan yang kami lakukan dapat mendapat rahmat dari ilahi...... amin....



























Friday, August 15, 2008

ANAK - ANAKKU





































Hidup ini memang sunyi kalau tak ada anak2.Anak aku yang pertama lahir agak besar dari yang kedua.Tapi yang kedua ni kecil aje orangnya...

Nasib baiklah tak besar, yang kedua ni aku bersalin secara p'bedahan sebab songsang. Tak larat aku, susah betul bila mengandung anak songsang... betul kata kak long aku nak tidur susah, nak duduk susah semuanya tak kena.Tapi alhamdulillah akhirnya Ainin selamat dilahirkan.Tarikh hari lahirnya pada 02.02.2006.

Aku amat bersyukur kedua2 zuriat aku mempunyai tarikh lahir yang cantik.Hasya pada 14.04.2004.Pertama kali Hasya hadir dalam hidup kami suami isteri, kami macam tak percaya yang kami dah jadi seorang ibu dan ayah.Hasya bagaikan permulaan hidup kami.Selama kami membesarkan Hasya alhamdulillah ada rezeki yang datang untuk anak kami ni.Selama 2 tahun kami hidup dgn 2 minggu di rumah mak aku dan 2 minggu di rumah mertua akhirnya kami dapat mahligai kami sendiri.Aku amat bangga dgn Hubby aku yang sgt bekerja keras dan menyimpan sedikit wang untuk kami memulakan hidup di mahligai sendiri.

Setelah kami b'pindah di mahligi baru akhirnya..... kehadiran orang baru pula tiba... kami tak menyangka yang kami akan mendapat zuriat yang kedua.... s'tlah Hasya 2 thn Ainin hadir dalam hidup kami....

Selama 5 tahun perkahwinin yang kami bina, banyak mengajar kami tentang tolak ansur, saling b'kongsi duka dan suka.Senang dan susah... dan mengajar kami menjadi sahabat yang terbaik...

Hubby adalah tempat aku meluahkan perasaan, segala yang tak aku suka atau aku suka akan aku ceritakan.Aku amat berharap keluarga kami akan sentiasa gembira hingga ke akhir hayat.

Hubby aku ni orangnya suka bersukan, dan sedikit sosial.Maklumlah org muda...
Dia juga ada aktiviti dgn kwn2, termasuk juga aku...
Aku amat faham di mana kami kahwin pada usia yang muda dan kami ada kwn2 dan perlu masa untuk kwn2 juga selain keluarga...

Aku amat b'harap bila hubby aku dah pergi Kayan, Saudi.. dia dapat menjalankan ibadah sebaik mungkin dan menjaga solat... itu yang amat penting...