Thursday, September 4, 2008

KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK






Kedatangan al-mubarak kali ini amat bererti buat diriku.Aku rasakan bertuahnya aku kerana suamiku akan pergi selepas kami menyambut syawal bersama2.Di bulan yang mulia ini aku amat gembira kerana putriku yg sulung telah mula menjalankan ibadah puasa.Amat tak ku sangka dalam usianya 4 tahun, dia sudah boleh menjalankan ibadah puasa seperti orang dewasa.Hari ini cukup sudah 8 hari Hasya berpuasa.Alhamdulillah belum lagi meninggalkan puasa.Sejuk rasanya hati bila mendapat seorang cahaya mata yang masih kecil dan pandai berpuasa.Tak perlu aku memberi puteriku latihan separuh hari berpuasa, tapi dia dah pun boleh berpuasa untuk satu hari.

Dapat aku rasakan alangkah sedihnya teman2, dimana suaminya ada yang berjauhan tatkala menyambut ramadhan.Masih aku teringat kali pertama aku menyambut ramadhan bersama2 dgn suami, pada masa itu aku hamil 4 bulan.Alhamdulillah yg teramat kerana aku tidak mengalami apa2 masalah dalam menjalankan ibadah puasa pada saat itu.Aku juga tidak mengalami muntah2, pening2 & sebagainya.Suamiku amat bahagia kerana itu adalah kali pertama kami mengharungi alam perkahwinan dan kehidupan menjadi suami isteri. Pelbagai kehidupan suka & duka kami lalui.Tatkala susah & senang... tak sangka sudah 5 thn kami bersama dan kami amat bahagia di samping 2 org cahaya mata.Kini,pada bulan hadapan suamiku akan pergi bertugas di Arab Saudi.

Tak sangaka masa berjalan dengan amat pantas.Memang berat hati ini nak melihat suami tercinta berjauhan dari sisi, tapi apa kan daya,rezeki yang allah swt beri tak akan kami tolak.Pemergian suami ini insya'allah aku akan tabah sebaik yang mungkin.Walaupun pemergiannya menyebabkan aku harus memikul tgjwb sebagai seorang ketua keluarga, tapi aku amat ikhlas dgn apa yang akan aku lalui.Aku amat berharapi ketika suamiku pergi, aku tak akan bersedih dan aku ingin kelihatan kuat di matanya.Aku tak nak melihat suamiku begitu risau bila betugas di sana.
Tgjwb yang di berikan adalah satu cabaran untuk aku mendidik anak dan menjalankan tgjwb sebagai seorang anak sbg penganti suamiku. Aku amat berharap, bila dia di sana boleh menjadi insan yang taat terhadap ilahi dan keluarga.Semoga segala pengorbanan yang kami lakukan dapat mendapat rahmat dari ilahi...... amin....